Dua tonggak kebangsaan itu ialah Shukor Adan yang juga bekas ketua pasukan Felda United dan bekas ketua pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim.

Enam lagi pemain yang ditandatangani Melaka United termasuklah R. Gopinathan (JDT), Mohd. Nazrin Mohd. Nawi (Perak), Mohd. Razman Roslan (Selangor), Wan Amirul Afiq Wan Abdul Rahman (Felda United), Saiful Ridzuwan Selamat (Selangor) dan Mohd. Raimi Md. Nor (Pulau Pinang).

Kesemua mereka menandatangani kontrak semusim bersama pasukan kendalian Zainal Abidin Hassan dalam satu majlis disaksikan Ketua Menteri yang juga Presiden MUSA, Adly Zahari di Seri Negeri, Ayer Keroh, sebentar tadi.

Hadir sama Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang juga Timbalan Presiden MUSA, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi. - UTUSAN ONLINE