Kekalahan itu memalapkan peluang untuk Negeri Sembilan bersaing dalam Piala Malaysia kerana kini terperosok di tangga tercorot liga.

Gol pertama pelawat dijaringkan oleh Patrick Omosuyi Jeon yang menanduk masuk hantaran lintang Yahor Zubovich pada minit ke-48.

Pada minit ke-36, Melaka menambah derita tuan rumah dengan gol kedua akibat kesilapan ketua pasukan Negeri Sembilan, Mohd. Nasriq Baharom yang tertampan bola masuk ke gawang sendiri ketika cuba menghalang sepakan pemain Melaka, Khairy Muhammad Jefri Jones.

Belum lega daripada kejutan itu, Melaka mengambil kesempatan menambah gol dalam serangan pantas yang digerakkan oleh Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-61.

Patrick sekali lagi muncul wira dengan melakukan sepakan kencang daripada hantaran Syahrul Azwari menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Mohamad Kaharuddin Abdul Rahman.

Negeri Sembilan mendapat gol sagu hati pada minit ke-90 melalui Flavio Beck Junior. - UTUSAN ONLINE