Kemenangan Melaka United itu membolehkan pasukan berkenaan mengumpul 19 mata selepas 13 perlawanan berlangsung untuk berada di tangga kelima Liga Super ketika ini.

Kini Melaka United hanya dibezakan 14 mata daripada pendahulu Johor Darul Ta'zim (JDT) manakala hanya ketinggalan enam mata daripada pasukan tangga kedua Pahang.

Dalam perlawanan tersebut enam gol Melaka United hadir menerusi hatrik daripada Luka Milunovic pada minit ke-36, minit ke-53 dan pada minit ke-90.

Baki tiga lagi gol tuan rumah dijaringkan oleh Patrick Reichelt pada minit keempat, Safiq Rahim pada minit ke-25 dan Nazrin Nawi pada minit ke-35.

Selepas ini Melaka United dijadual menentang pasukan tangga keempat Kedah pada Sabtu ini. - UTUSAN ONLINE