Bagaimanapun, ketiadaan Liridon tidak memberi kerisauan kepada pengendalinya, Zainal Abidin Hassan yang menaruh kepercayaan kepada Safiq Rahim, bahawa pemain itu mampu memimpin bahagian tengah skuad Sang Kancil.

“Pastinya kami tidak mahu kehilangan mata dan mahu terus aksi konsisten dalam masa sama sedar pasukan lawan merupakan lawan yang sukar.

“Saya harap pemain dapat memberi fokus sepenuhnya dalam tempoh 90 minit dan menunjukkan disiplin yang tinggi,” katanya.

Liridon yang lebih dikenali sebagai Mat Don kini sedang giat mengikuti program pemulihan.

Melaka kini menduduki tangga kelima dengan mengutip 10 mata, sementara Perak di kedudukan ketujuh liga dengan enam mata tetapi skuad kendalian Mehmet Durakovic memiliki kelebihan satu perlawanan. - UTUSAN ONLINE