Iceland berada 2-0 di depan dan hanya memerlukan lagi lima minit untuk meraikan kemenangan di Stadium Roudourou, Brittany, manakala Perancis di ambang kekalahan pertama sejak memenangi Piala Dunia Julai lalu.

Bagaimanapun Mbappe, yang dibawa masuk pada separuh masa babak kedua muncul wira pasukan Les Blues.

“Kami bertindak balas dengan baik selepas bermula dengan teruk ketika menentang pasukan yang tersusun rapi. Bagus untuk Kylian, dia memberikan kelajuan kepada kami,” kata jurulatih Perancis Didier Deschamps.

Deschamps merehatkan beberapa pemain penting bagi mengekalkan kecergasan mereka menjelang aksi Liga Negara-Negara minggu depan di Stade de France.

Ketiadaan Blaise Matuidi dan N’Golo Kante, Perancis dilihat longgar di bahagian tengah, manakala Olivier Giroud diletakkan sebagai penyerang tunggal.- AGENSI