Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mbappe pikul harapan besar PSG

Kylian Mbappe
Kylian Mbappe

PARIS 6 Sept. – Paris Saint-Germain (PSG) akan menampilkan bintang baharunya Kylian Mbappe dalam masa terdekat bagi menguatkan bahagian serangan dan gergasi Perancis itu meletakkan harapan besar bahawa pemain muda itu adalah bahagian terakhir untuk menyempurnakan pasukan itu.

Sejak PSG diambil alih oleh pelabur Qatar yang kaya-raya pada 2011, kelab gergasi Perancis itu sering me­ngalami kekecewaan terutama dalam kempen Liga Juara-juara.

Jurulatihnya, Unai Eme­ry kini berharap kehadiran Mbappe dapat membantu pasukannya menjadi antara pencabar terhebat di pentas Eropah selepas PSG gagal melepasi suku akhir Liga Juara-juara sejak Qatar Sports Invesment (QSI) mengambil alih kelab itu enam tahun lalu.

Mbappe akan bergandi­ngan dengan Neymar selain Edin­son Cavani, pemain sayap Angel Di Maria dan Julian Draxler.

Di bahagian tengah adalah Marco Verratti serta Adrien Rabiot.

Mbappe dipinjam selama satu musim yang merupakan satu cara PSG berurusan de­ngan kehendak ‘Financial Fair Play’, namun apabila perpindahan tersebut menjadi tetap musim depan, kelab tersebut perlu membelanjakan 180 juta euro (RM912.15 juta) bagi mendapatkannya.

Harga tersebut sekali gus menyaksikan PSG memiliki dua pemain paling mahal di dunia, dengan Neymar yang dibeli dari Barcelona muncul pemain paling mahal bernilai 222 juta euro (RM1.12 bilion).

“Saya akan dikelilingi pemain terhebat. Saya perlu mempelajari segalanya dan cuba untuk membuktikan sesuatu,” kata Mbappe. – AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain