Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mbappe ledak gol dalam penampilan sulung

KYLIAN MBAPPE
KYLIAN MBAPPE

PARIS 9 Sept. – Kylian Mbappe gembira kerana berjaya meledak gol dalam penampilan sulung bersama Paris Saint-Germain (PSG) ketika menewaskan Metz 5-1 pada saingan Ligue 1, semalam.

Pemain pinjaman dari Monaco itu yang bakal menjadi pemain tetap PSG musim hadapan, menja­ringkan gol kedua untuk PSG di Stade Municipal Saint-Symphorien.

Edinson Cavani meledak dua gol, manakala Neymar dan Lucas Moura turut menemui sasaran bagi memastikan kemenangan kelima berturut-turut dicatat PSG sejak pembukaan musim, sekali gus menjadikan mereka pasukan pilihan untuk merampas kejuaraan.

Sementara itu pe­ngen­dali PSG, Unai Emery mengakui, teruja melihat jaringan yang dihasilkan Mbappe.

Kata Emery, dia masih mahu melihat pasukannya mempertingkatkan pres­tasi, namun amat gembira dengan persembahan yang dipamerkan penyerang remaja Perancis berusia 18 tahun itu.

“Kami perlu melangkah satu demi satu, itulah idea dan cara PSG bermain.

“Sistem sangat pen­ting, jadi kami perlu me­nunjukkan permainan se­imbang antara pertahanan dan serangan. Dengan memiliki bakat individu, apa yang kami perlukan sekarang adalah disiplin daripada segi taktikal.

“Saya fikir pemain-pe­main yang bagus mahu digandingkan de­ngan pemain terbaik, sebab itu Kylian (Mbappe) menunjukkan permulaan yang baik. Dia sangat gembira dan pemain lain juga gembira,” ujar Emery.

Cabaran PSG seterus­nya adalah di Glasgow apabila berdepan kelab Scotland, Celtic pada Selasa depan dalam saingan Liga Juara-Juara. – AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain