Melalui perkongsian dalam Insta Story di Instagram semalam, Liridon berkongsi visa kerja yang dikeluarkan oleh Pejabat Imigresen Melaka.

“Lima tahun cukup di Malaysia, sekarang menunggu (pro­ses) terakhir,” tulis Liridon atau lebih mesra dengan panggilan Mat Don menerusi perkongsian berkenaan.

Pemain kelahiran Kosovo berusia 27 tahun itu memuat naik gambar visa kerja tersebut ketika namanya hangat diperkatakan sebagai calon pemain naturalisasi terbaharu Harimau Malaya yang bakal membawa cabaran pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Bulan lalu, Persatuan Bola­sepak Malaysia (FAM) mengesahkan sudah menghantar permohonan untuk mendapatkan kerakyatan Liridon bersama penyerang Kuala Lumpur kelahiran Brazil, Guilherme De Paula.

Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM, Datuk Yusoff Mahadi pada Mei lalu mengesahkan, Harimau Malaya mahu memperkuatkan barisan untuk menghadapi aksi kelayakan termasuk dengan sedia membawa masuk tenaga import baharu selepas Mohamadou Sumareh.

FAM kini hanya menanti lampu hijau daripada badan bola sepak dunia, FIFA untuk membenarkan Liridon dan De Paula mewakili skuad kebangsaan selepas segala prosedur lain selesai.

Gambar visa yang dkongsi itu bermakna Liridon sudah boleh kembali beraksi dalam Liga Malaysia, dan persoalannya apakah dia akan menyarung semula jersi Melaka United atau me­nyertai pasukan lain?