Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu merangkap Presiden Bola Sepak Perak (Pafa) berkata, tiket tersebut boleh diambil di kaunter stadium berkenaan bermula esok.

"Bagi pihak Pafa, saya ingin menjemput semua penyokong pasukan Perak, Juara Piala Malaysia 2018 untuk ramai-ramai datang ke Stadium Perak bagi memberikan sokongan kepada pasukan kita.

"Kemasukan adalah percuma, cuma dapatkan tiket di luar stadium. Marilah kita beramai-ramai membawa keluarga dan rakan-rakan untuk memberikan sokongan," katanya dalam satu rakaman video di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE