Mascherano, 33 tahun, adalah antara pemain veteran dan kedua paling banyak beraksi bersama Argentina dengan 139 penampilan dan turut beraksi ketika tewas kepada Jerman dalam saingan akhir Piala Dunia 2014.

“Tempoh saya bersama skuad kebangsaan bakal berakhir di Rusia dan saya tidak akan meneruskannya.

“Dalam masa sama terpulang kepada jurulatih pasukan kebangsaan, Jorge Sampaoli untuk memutuskan sama ada saya patut disenaraikan bagi Piala Dunia atau tidak,” kata Mascherano

Dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018, Mascherano beraksi dalam kesebelasan utama Argentina yang mencatat kemenangan 3-1 ke atas Ecuador sekali gus mengesahkan tempat di pusingan akhir tahun depan. - AFP