Martial beraksi cemerlang selepas Solskjaer menggantikan Jose Mourinho dengan penyerang Perancis itu menjaringkan 11 gol musim ini termasuk ketika United menang 3-0 ke atas Fulham.

Jaringan solo pemain berusia 23 tahun itu ketika menentang Fulham menyaksikan bekas kapten United, Gary Neville membandingkannya dengan kemahiran individu yang dimiliki Ronaldo, kira-kira 12 tahun lalu semasa di Old Trafford.

Solskjaer juga bersetuju dengan kenyataan itu dan pada masa sama mencabar Martial untuk mencapai tahap seperti pemenang Ballon d’Or lima kali itu.

“Pada hujung permain dan ketika itu Cristinao menjaringkan gol.

“Dia (Martial) memiliki persamaan, sudah pasti. Jika dia ingin menjadi seperti Ronaldo, Anthony tahu apa yang perlu dilakukan dan terpulang kepadanya. Dia memiliki bakat,” katanya.-AGENSI