Rakan sepasukannya, Marcelo memberitahu Bale hanya bercakap bahasa Inggeris sepanjang beraksi di kelab tersebut.

Selepas Cristiano Ronaldo dan Kiko Casilla meninggalkan Madrid, Marcelo berkata dia berasa kesunyian ketika berada dalam bilik persalinan.

“Sekarang, tiada sesiapa pun berada di sebelah saya dan walaupun saya ada Bale tetapi dia tidak boleh cakap, dia hanya berbahasa Inggeris jadi kami terpaksa menggunakan bahasa isyarat,” kata Marcelo.

Baru-baru ini, Bale meledak gol ke-100 bersama Madrid namun masa depannya masih samar-samar apabila dia dilihat tidak mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh bintang Portugal itu yang kini menyertai Juventus. - AGENSI