Oktober tahun lalu, pemain pertahanan Rel Madrid itu dituduh cuba melarikan diri daripada membayar cukai kepada pejabat perbendaharaan Sepanyol berhubung hak cipta imej dirinya.

Agensi berita Sepanyol, EFE melaporkan, jalan penyelesaian sudah dipersetujui dan Marcelo telah hadir ke salah sebuah mahkamah di Madrid untuk menyelesaikan masalah itu.

Marcelo merupakan bintang terbaharu di dalam bola sepak Sepanyol yang dihukum kerana kesalahan cukai selain rakan-rakannya, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.-AGENSI