Jelasnya, tidak dapat ber­aksi di dalam kejohanan berprestij itu merupakan sesuatu yang sukar buat pasukan se­pertinya yang sentiasa memberi sokongan kepada skuad kebangsaan.

“Saya rasa ada sesuatu yang perlu dilaksanakan demi pasukan kebangsaan. Saya fikir ini adalah masa yang terbaik bagi saya.

“Saya mahu buat perancangan jangka masa panjang dan membawa Itali menjadi pasukan pilihan,” kata Mancini dalam sidang akhbar di pusat latihan skuad kebangsaan di Coverciano, Florence.

Skuad Azzurri tidak mempunyai jurulatih tetap sejak Gian Piero Ventura dipecat susulan juara dunia empat kali itu gagal menempatkan diri ke pentas Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958.

Mancini yang juga bekas pe­ngurus Manchester City dan Inter Milan menandatangani kontrak selama dua tahun semalam, selepas menamatkan kontrak lumayan dengan kelab Russia, Zenit Saint Petersburg.

Difahamkan kontrak pengendali itu bersama Itali dianggarkan bernilai 2 juta euro (RM9.38 juta) setahun bakal menyaksikan Mancini membimbing Itali untuk layak ke saingan Euro 2020.

Jika berjaya, secara automatik kontrak tersebut akan diperbaharui sehingga Jun 2022 menjelang Piala Dunia 2022 di Qatar. – AFP