Kekalahan kedua Singapura ini bermaksud peluang mereka untuk mara ke pusingan seterusnya kelihatan malap.

Dalam perlawanan sebentar tadi, Singapura mendahului melalui gol jaringan Mohd. Amiruldin pada minit ke-38.

Bagaikan tersentak, pasukan Malaysia mula menggandakan serangan pada separuh masa kedua dan berjaya menghasilkan kemenangan menerusi gol-gol jaringan Mohd. Nor Azam Abdul Azim (min. 67) dan N. Thanabalan (min. 73).

Sementara itu, Myanmar mengalahkan Laos 3-1 dalam satu lagi perlawanan kumpulan A. - UTUSAN ONLINE