Kemenangan kedua skuad B-23 negara itu telah menjamin tempat Malaysia dalam kelompok dua terbaik Kumpulan E biarpun masih berbaki satu perlawanan.

Dua pasukan terbaik setiap kumpulan akan melangkah ke pusingan kalah mati.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung itu menyaksikan gol awal perlawanan dijaringkan oleh penyerang Muhammad Safawi Rasid pada minit kelima.

Malaysia terus menambah tekanan ke atas Korea Selatan apabila berjaya meledak gol kedua pada minit ke-45 juga hasil jaringan Muhammad Safawi.

Gol tunggal Korea Selatan dijaringkan oleh Son Heung Min pada minit ke-88.

Selepas ini Malaysia akan bertemu Bahrain pada Isnin. - UTUSAN ONLINE