Begitupun, anak-anak buah Brad Maloney membuktikan mereka juga bukan pasukan sebarangan apabila menumpaskan juara empat kali itu 3-0 di Stadium Thanh Long.

Penyerang sensasi, Luqman Hakim Shamsudin membuktikan mengapa khidmatnya ditagih kelab divisyen satu Jepun, Cerezo Osaka apabila meledak dua gol manakala satu lagi jaringan disempurnakan oleh Muhamad Azam Azmi Murad.

Malaysia kini akan menentang juara lima kali, Thailand dalam aksi terakhir Kumoulan B, Selasa ini.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia berkongsi sembilan mata dengan Australia selaku pendahulu Kumpulan B dengan perbezaan jaringan.

Luqman membuka tirai jaringan Malaysia seawal minit ke-17, sebelum Muhamad Azam Azmi Murad meledak jaringan kedua 10 minit kemudian.

Enam minit sebelum memasuki waktu rehat, Luqman meledak gol peribadi kedua bagi memastikan Malaysia meraih tiga mata penting.

Keputusan itu menyaksikan peluang Malaysia, Australia dan Vietnam masih terbuka untuk ke saingan empat terbaik dengan masing-masing memiliki satu lagi perlawanan untuk menentukan pasukan yang layak ke saingan seterusnya.

Dalam aksi terakhir, Malaysia akan berdepan Thailand manakala Australia akan bertemu Singapura dan tuan rumah Vietnam akan menanti saingan Kemboja.-UTUSAN ONLINE