Lovren mengalami kecederaan hamstring semasa pertemuan menentang Wolverhampton, awal Januari lalu.

Pertahanan Croatia itu pada mulanya berada dalam senarai pemain untuk pertemuan menentang Bayern namun Klopp mengesahkan bahawa pemain itu perlu meneruskan proses pemulihannya di Merseyside.

Liverpool akan berdepan Bayern dalam pusingan kalah mati pertama Liga Juara-Juara pada 19 Februari ini tanpa kehadiran Lovren dan Joe Gomez serta Virgil van Dijk yang digantung permainan.

“Dejan dan Joe tidak menjalani latihan bersama kami.

“Ini bukan perkara baik tetapi kami akan cuba lakukan yang terbaik untuk membawa Dejan bagi aksi menentang Munich. Keadaan memang sukar.

“Kami akan cuba lakukan apa sahaja untuk membantunya,” katanya.

Turut tidak menjalani latihan ialah James Milner, Georginio Wijnaldum dan Fabinho namun Klopp menegaskan ketiadaan tiga pemain itu adalah langkah pencegahan bagi mengelakkan berlakunya kecederaan serius.

“Mereka tidak mengalami sebarang kecederaan serius, ini hanya langkah pencegahan,” katanya.-AGENSI