Skuad bimbingan Jurgen Klopp itu dijangka menerima sekitar (RM523 juta) sekiranya mengalahkan Tottenham dalam perlawanan akhir di Madrid, 2 Jun ini, namun seandainya kalah, Reds bakal menerima 94.6 juta pound (RM504 juta).

Tottenham pula akan menikmati hadiah 93 juta pound (RM496 juta) jika muncul juara buat kali pertama, namun kekalahan akan membolehkan kelab London itu menerima 89.5 juta pound (RM476 juta).

Jumlah ini mengambil kira pelbagai faktor iaitu daripada segi yuran penampilan, bonus persembahan, jumlah kemenangan serta seri dari peringkat kumpulan sehinggalah kepada saingan kalah mati. - AGENSI