Bek tengah Reds, Virgil van Dijk da bintang sayap The Citizens, Raheem Sterling mengetuai senarai pencalonan Pemain Terbaik PFA.

Selain Van Dijk, penyerang sensasi Senegal, Sadio Mane turut dicalonkan untuk memenangi anugerah berkenaan.

Sterling pula mengetuai pencalonan dari City bersama Sergio Aguero dan Bernardo Silva.

Perancang utama Chelsea, Eden Hazard melengkapkan senarai akhir pencalonan bagi musim 2018-1. Pemenang akan diumumkan dalam satu majlis khas yang akan diadakan di London pada 28 April.

Van Dijk, 27, yang menyertai Liverpool dari Southampton pada Januari 2018 membawa pengaruh besar kepada Reds apabila menjadikan benteng mereka antara paling ampuh bukan sahaja dalam saingan Liga Perdana.

Kapten Belanda itu membantu Liverpool mengekalkan rekod tanpa bolos sepanjang 18 perlawanan, malah hanya dibolosi 20 kali musim ini- paling rendah dalam kalangan 20 kelab Liga Perdana.

Sterling menjadi pilihan kedua para pertaruh di belakang Van Dijk selepas meledak 17 gol musim ini dan sembilan gerakan gol.

Sterling dan Silva, masing-masing turut disenarai untuk anugerah Pemain Muda Terbaik PFA bersama pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold; bintang tengah West Ham, Declan Rice; pemain sayap Bournemouth, David Brooks serta penyerang Manchester United, Marcus Rashford. - AFP