Meskipun sebelum ini digembar-gemburkan bakal menyertai pasukan Pahang dan Johor Darul Takzim, pemain berasal dari Kosovo yang mesra dipanggil Mat Don itu akhirnya memilih Melaka United selepas mewakili skuad Kedah selama empat musim.

Majlis menandatangani kontrak lima pemain Melaka United berlangsung di pejabat Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari di Seri Negeri sebentar tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Mohd. Yusoff Mahadi dan Ketua Jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan.

Pada majlis menandatangani kontrak itu yang turut disaksikan oleh Adly, Melaka United menandatangani empat pemain import iaitu Liridon, pemain pertahanan dari Korea Selatan, Jang Suk-Won; pemain tengah dari Montenegro, Darko Markovic dan penyerang dari Brazil, Anselmo Casagrande.

Turut menandatangani kontrak selama setahun adalah penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat. - UTUSAN ONLINE