Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Liga M Ogos ditangguh?

Beri Ong Kim Swee lebih masa sediakan skuad Sukan SEA

Skuad bawah 22 negara akan bersaing dalam kelayakan Piala AFC Bawah 23 di Bangkok sebelum memberi tu
Skuad bawah 22 negara akan bersaing dalam kelayakan Piala AFC Bawah 23 di Bangkok sebelum memberi tumpuan kepada persiapan untuk Sukan SEA 2017.

KUALA LUMPUR 16 Julai - Perlawanan Liga Super, Liga Perdana dan Piala Malaysia pada 4, 5 dan 9 Ogos mungkin perlu ditangguhkan untuk memberikan lebih banyak masa kepada Datuk Ong Kim Swee mempersiapkan skuad bawah 22 tahun untuk menghadapi Sukan SEA Ke-29.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin berkata, penangguhan yang dimohon ketua jurulatih skuad Projek Sukan SEA itu bakal dikemukakan kepada Football Malaysia Liability Limited Partnership (FMLLP) sebagai sokongan menerusi satu mesyuarat.

“Jadual perlawanan ketiga-tiga hari itu begitu hampir dengan Sukan SEA jadi Datuk Kim Swee ada mohon untuk FAM tangguhkannya, sekurang-kurangnya pasukan ada 14 hari untuk buat persediaan.

“Saya rasa semua pasukan liga akan mematuhi komitmen itu (untuk melepaskan pemain masing-masing). FMLLP akan mesyua­rat dan kita tunggu jawapan mereka,” katanya selepas Jamuan Hari Raya Aidilfitri skuad bola sepak dan futsal wanita negara di Kompleks Sukan Majlis Sukan Negara di sini hari ini.

Acara bola sepak akan bermula pada 14 Ogos manakala pembukaan rasmi Sukan SEA berlangsung pada 19 Ogos.

Sebelum ini persediaan skuad B-22 untuk menghadapi Kelayakan AFC Bawah 23 Tahun di Bangkok yang akan bermula Rabu ini terjejas gara-gara keengganan beberapa pasukan melepaskan pemain mereka atas alasan jadual Liga M yang padat dan beberapa pemain mereka yang lain cedera.

Mengenai kelayakan di Bangkok, Hamidin berkata, hanya 23 daripada 27 pemain yang dipanggil oleh Kim Swee akan dibawa ke Bangkok dengan pemain Sarawak, Nur Shamie Iszuan Amin mungkin diketepikan kerana tercedera.

“Kebanyakan mereka ialah adalah pemain sama ketika kita menewaskan Myanmar 2-0 dalam persahabatan di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu. Hanya dia (Shamie) yang mungkin tidak dapat ikut.

“Harapan kita ialah pasukan meraih sekurang-kurangnya naib juara kumpulan H untuk layak ke China,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain