Irfan yang melabelkan Lee Tuck antara ‘pekerja paling rajin’ dalam skuad Penyu berkata, pemain kelahiran England berusia 30 tahun itu sentiasa memberi 120 peratus dalam setiap arahan diberikan, terutama pada sesi latihan.

Justeru, bekas jurulatih Selangor dan Felda United itu percaya kua­liti dan kesungguhan Lee Tuck dalam melaksanakan setiap arahan seharusnya dijadikan contoh teladan terbaik bagi mendidik pemain muda.

“Saya sentiasa tertarik de­ngan Lee Tuck. Seorang pemain yang cukup rajin tidak kira dalam sesi latihan mahupun perlawanan.

“Jika dalam sesi latihan, dia orang pertama tiba dan dia orang yang terakhir (meninggalkan sesi latihan).

“Bagi dia, bola sepak adalah segala-galanya dan itulah sebab mengapa saya sebagai jurulatih sentiasa senang de­ngannya.

“Setiap kali dia diturunkan, Lee Tuck akan memberikan lebih apa yang diminta. Karakter Lee Tuck ini seharusnya dijadikan contoh terbaik kepada semua pemain khususnya pemain muda tempatan.

“Cuma saya juga ada nasihatkan kepada dia supaya kurangkan bermain secara individu ketika beraksi di atas padang.

“Dengan pakej yang sedia ada, sudah pasti saya sentiasa gembira kerana Lee Tuck mampu memberikan pengaruh positif kepada rakan-rakan sepasukan,” katanya kepada pemberita.

Lee Tuck telah menjaringkan 14 gol dalam kesemua kejohanan musim lalu.