Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee membuka tirai jaringan pada minit ke-37 menerusi sepakan penalti Safawi Rashid sebelum Ernist Batyrkanov menyamakan kedudukan pada minit ke-55.

Enam minit berselang, Akhyar Rashid kembali meletakkan Malaysia kembali di hadapan menerusi jaringan kedua sebelum Syafiq Ahmad melengkapkan kemenangan 3-1 pada minit ke-78.

Skuad negara akan beraksi dalam perlawanan kedua menentang Korea Selatan di venue yang sama, Jumaat ini.

Pencapaian terbaik pasukan bola sepak negara di pentas Sukan Asia adalah ketika meraih pingat gangsa di Sukan Asia 1962 di Jakarta dan edisi 1974 di Tehran.-UTUSAN ONLINE