Lang Merah sudah di ambang kekalahan selepas ketinggalan 1-2 ketika permainan tinggal enam minit untuk ditamatkan, namun jaringan Jonatan Bauman pada minit ke-84 dan Alif Yusof di minit terakhir memastikan Kedah menang 3-2.

Kedah yang diikat 1-1 dalam perlawanan pertama menentang PKNS di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu dikejutkan dengan gol pembukaan pasukan pelawat pada minit ke-30 menerusi Romel Morales.

Bauman bagaimanapun menyamakan kedudukan pada minit ke-50, namun Nicholas Swirad kembali meletakkan Red Ants di depan pada minit ke-70.

Kemenangan ini membolehkan Kedah menduduki tangga kedua Kumpulan A dengan tujuh mata, dua mata di di belakang Terengganu.

PKNS di tempat ketiga dengan empat mata manakala Negeri Sembilan yang akan bertemu Terengganu, Jumaat ini berada pada kedudukan tercorot tanpa sebarang mata. - UTUSAN ONLINE