Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lang Merah janjikan kejutan

Pemain import Kedah meriahkan Sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Peremba.
Pemain import Kedah, Liridon Krasniqi (duduk, kanan) dan Sandro de Silva berswafoto bersama guru-guru pada majlis sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Peremba di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

ALOR SETAR 16 Mei - Tonggak import Lang Merah, Liridon Krasniqi menjangkakan perlawanan akhir Piala FA menentang Pahang Sabtu ini bakal dipenuhi dengan elemen kejutan sekali gus menjadikannya menarik.

Menurutnya, kedua-dua pasukan memiliki kekuatan setara  dengan Pahang cukup dikenali memiliki ketajaman di barisan serangan selain kemahiran individu yang baik.

"Ini perlawanan akhir dan sudah tentu kami perlu tampil dengan kekuatan mental yang tinggi di sepanjang perlawanan itu nanti.

"Saya fikir perlawanan itu nanti akan dipenuhi pelbagai elemen kejutan di mana kedua-dua pasukan akan berusaha habis-habisan untuk menang. Tidak banyak yang saya fikirkan selain kemenangan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas memeriahkan Sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Peremba, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain