Presidennya, yang juga Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata ia akan diumumkan pada majlis memperkenalkan barisan pemain pasukan itu, dalam waktu terdekat.

“Saya sedang berusaha meletakkan lambang berhenti merokok di jersi pasukan negeri yang juga akan bertanding ke peringkat Asia.

“Kempen merokok ini kita lakukan untuk semua manusia sejagat bukan rakyat negeri Perak sahaja kerana ia perkara yang penting serta baik untuk kesihatan.

“Ini mesej kita nak bawa, kita akan lancarkan nanti pada majlis perkenal pemain yang akan didatangi sebilangan besar anak muda.

“Ini target kita untuk berkempen besar-besaran menggalakkan mereka supaya berhenti merokok dan memujuk rakan-rakan mereka untuk berhenti merokok,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jom Sihat Bersama Parlimen Tambun di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa di Kanthan Baru, di sini hari ini.

Ahmad Faizal berkata ia juga antara usaha Kerajaan Negeri yang akan melibatkan kerjasama Jabatan Kesihatan Perak agar mesej berhenti merokok ini diperluaskan.-BERNAMA