Biarpun Real mudah meraih kemenangan 3-0 ke atas Las Palmas dalam aksi awal pagi tadi namun tiada satu pun gol dijaringkan oleh Ronaldo sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penyokong kelab itu.

Pemain tersebut tidak menjaringkan gol dalam kempen La Liga sejak Real meraih kemenangan 2-1 ke atas Getafe pada tiga minggu lalu.

Pengurus Real, Zinedine Zidane berkata, dia masih percaya dengan tahap keupayaan pemain tersebut ketika ini biarpun tidak berupaya mendapatkan jaringan.

“Cristiano (Ronaldo) dan Karim Benzema telah melakukan yang terbaik selaku pemain penyerang malah kebanyakan jaringan kelab ini adalah hasil hantaran daripada mereka berdua,” kata Zidane. - REUTERS