Shaw,23, tersenarai dalam skuad England buat pertama kali dalam tempoh 18 bulan bagi perlawanan Liga Negara-Negara menentang Sepanyol pada Sabtu ini dan perlawanan persahabatan dengan Switzerland pada Selasa.

Kehadirannya semula di pentas antarabangsa di dorong dengan permulaan musim yang mantap apabila beraksi pada setiap perlawanan United selepas gagal menempatkan diri dalam kesebelasan utama musim lalu, menyaksikan Mourinho mengkritik Shaw.

Kepulangannya di pentas antarabangsa adalah hasil susulan daripada permulaan musim yang mantap di mana dia beraksi pada setiap perlawanan United selepas bergelut mengisi kesebelasan utama musim lalu, dengan Mourinho lantang mengkritik sikap Shaw.

“Saya rasa dia kecewa dengan saya kerana dia tahu saya mampu melakukan dengan lebih baik. Apabila saya kenang kembali, dia memang betul.

“Saya mengharungi tahun-tahun yang sukar tetapi ia menjadikan mental saya lebih kuat. Saya mahu membuktikan kepadanya yang saya mampu lakukan apa yang dia dakwa saya tidak mampu lakukan.

“Saya bercakap dengan pengendali sebelum musim bermula dan dia mahu saya kekal,” jawabnya apabila diminta mengulas bagaimana dia dilayan oleh pengendali United itu.

Shaw pernah menjadi antara seorang pemain remaja termahal dalam sejarah bola sepak, apabila dia berpindah dari Southampton ke Old Trafford dengan nilai 27 juta pound (RM143.7 juta) pada Jun 2014 ketika berusia 18 tahun, selepas membuat penampilan sulung bersama England beberapa bulan sebelumnya.

Status itu menjadikan dia pilihan utama United ketika di bawah kendalian Louis van Gaal namun nasib malang menimpanya apabila mengalami kecederaan serius iaitu patah kaki ketika menentang PSV Eindhoven pada September 2015, disusuli kecederaan pangkal paha yang memaksa dia berehat selama dua bulan pada musim 2016-2017 dan kemudian dua kali menjalani pembedahan di kaki. – REUTERS