Korea Selatan terpaksa pulang awal dalam Piala Dunia 2014 di Brazil selepas mereka menduduki tangga tercorot kumpulan setelah mengutip satu mata dan walaupun diletakkan dalam kumpulan sukar yang turut dihuni oleh peyandang juara, Jerman namun Tae-yong enggan menjadikan perkara itu sebagai alasan.

Saya fikir kami perlu kalahkan Sweden jika kami mara ke pusingan 16 pasukan terakhir. Sudah lama kami menanti saat ini, beraksi di pentas Piala Dunia,” kata Tae-yong.

Sweden memulakan cabaran mereka tanpa penyerang prolifik, Zlatan Ibrahimovic yang bersara daripada pentas antarabangsa selepas tamat Kejohanan Eropah (Euro) dua tahun lalu.

“Kami perlu fokus kepada diri sendiri, kami sudah tiba di sini dan skuad yang terpilih perlu memainkan peranan mereka dengan baik,” kata kapten Sweden, Andreas Granqvist.