Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), anak-anak buah Tan Cheng Hoe akan beraksi di tempat sendiri pada 6 Jun, diikuti bertandang ke gelanggang lawan pada 11 Jun bagi memburu slot ke Pusingan 2.

Siapa lawan yang bakal ditentang Malaysia belum diketahui kerana majlis undian hanya akan diadakan pada 17 April ini.

Begitupun apa yang pasti pemain Harimau Malaya terpaksa menunda sambutan Aidilfitri demi negara.

Umat Islam di negara ini dijangka menyambut Hari Raya pada 5 Jun, iaitu sehari sebelum skuad kebangsaan memulakan kempen mereka.

Selain perlu berlatih pada bulan puasa, satu lagi cabaran yang bakal dihadapi Malaysia adalah untuk memastikan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Memandangkan perlawanan berlangsung pada Hari Raya, dikhuatiri aksi tersebut gagal menarik kehadiran penonton ke stadium. - UTUSAN ONLINE