Bagaimanapun Jurgen Klopp, pengurus kelab Inggeris gergasi itu sedang berusaha meraih keputusan yang berbeza dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Sabtu ini (Ahad pukul 2.45 pagi waktu Malaysia).

Klopp pernah mengalami lima kekalahan di pentas akhir, tiga daripada Borussia Dortmund sebelum berpindah ke Anfield pada 2015, dan dua lagi ketika bersama skuad Reds.

“Mereka tidak menggantung pingat perak di Melwood (tempat latihan Liverpool)

“Kami masih mempunyai tugas yang harus dilaksanakan. Dapat menjejaki ke final sangat bagus, namun memenanginya adalah lebih bagus.

“Jika sesuatu yang penting bagi anda, anda perlu bersedia untuk melakukan pengorbanan. Itulah adalah lumrah kehidupan kita.

“Jika anda tidak mampu memberikan jaminan, jadi jangan sekali-kali melangkah ke final, duduk di rumah atau pergi bercuti,” ujar Klopp yang membimbing Liverpool mara ke final selepas mengatasi Roma menerusi agregat 7-6 di separuh akhir.

Klopp pernah melangkah ke final Liga Juara-Juara ketika bersama Dortmund di Wembley lima tahun lalu, bagaimanapun pasukannya tewas 1-2 kepada Bayern Munich di saat akhir setelah Arjen Robben meledak gol kemenangan di penghujung perlawanan.- AFP