Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Klopp mahu Gerrard gantikannya di Anfield

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp ketika aksi menentang West Ham
PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp ketika aksi menentang West Ham dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Ahad lalu. -AFP

LONDON 19 Mei - Jurgen Klopp mahu Steven Gerrard menggantikannya sebagai pengurus Liverpool selepas warga Jerman itu berundur dari Anfield nanti.

Gerrard yang akan membimbing pasukan Bawah 18 tahun pada tahun ini akan menjadikan jawatan baharunya itu sebagai asas pengalaman pertamanya sebagai jurulatih.

Malah bekas pengurus Borussia Dortmund itu berkata, dia berharap legenda Liverpool itu mampu meraih lebih banyak kecemerlangan buat kelab itu.

“Saya memberitahu dia apabila saya sudah meninggalkan kelab ini atau kelab ini memecat saya dan saya tidak kisah siapa yang akan menggantikan saya namun saya lebih suka andai individu tersebut adalah Gerrard,” kata Klopp.

Gerrard yang menyertai barisan kejurulatihan kelab itu pada Februari akan membimbing pasukan Bawah 18 menggantikan Neil Critchley yang dinaikkan pangkat mengendalikan skuad Bawah 23 tahun.

“Sangat bagus apabila dapat melibatkan Gerrard dalam kelab ini.

“Bagi saya dia seorang individu yang hebat.

“Saya akan lakukan apa sahaja yang termampu bagi membantunya mendapatkan segala maklumat diperlukan.

“Anda menyertai kelab ini maka tanggungjawab besar bakal menanti pada masa depan malah masa depan kelab ini bergantung kepada anda,” kata Klopp. - AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain