Selain daripada Safee, pemain pertahanan Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak adalah antara tujuh pemain JDT yang dipanggil oleh Kim Swee untuk perlawanan persahabatan yang akan berlangsung pada 8 Oktober depan.

Penyerang JDT, Safee, 28, menjaringkan dua gol sewaktu JDT menang selesa ke atas South China di Hong Kong sekali gus menjadi pasukan pertama Malaysia mara ke separuh akhir Piala AFC dengan agregat 4-2.

Skuad kendalian Kim Swee, yang memanggil 22 pemain, akan memulakan latihan pusat pada 4 Oktober ini untuk menghadapi perlawanan persahabatan dengan Laos di Bangkok pada 8 Oktober sebelum meneruskan saingan dalam kelayakan Piala Dunia 2018-Piala Asia 2019 dengan bertemu Timur Leste dalam perlawanan ketiga masing-masing pada 13 Oktober di Stadium Perbandaran Dili, Dili.

Senarai pelatih

Penjaga gol: Mohd. Khairulazhan Mohd. Khalid, Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Izham Tarmizi Roslan

Pertahanan: Amirizdwan Taj Tajuddin, Matthew Davies, Mohd. Fadhli Mohd. Shas, Mohd, Aidil Zafuan Abd. Razak, Mohd. Zubir Mohd. Azmi, Nazirul Naim Che Hashim, Sharul Mohd. Saad, Mohd. Hafiz Kamal

Tengah: Ismail Faruqi Ashari, Ahmad Hazwan Bakri, Baddrol Bakhtiar, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd. Safiq Rahim, Christie Jayaseelan, Adam Nor Azlin, Mohd. Nasir Basharuddin

Penyerang: Azammuddin Mohd. Akil, Mohd. Safee Mohd. Sali, Mohd. Amri Yahyah

Senarai simpanan: Gary Steven Robbat, S. Chanturu, Mohd. Fazly Mazlan, Joseph Kalang Tie, Ronny Harun, Syahrul Azwari Ibrahim, Farhan Abu Bakar, Mohd. Azrif Nasrulhaq, Badrul Hisham, Muhammad Nurridzuan Abu Hassan, Ahmad Fakri Saarani