Bekas pemain kebangsaan Croatia itu kembali ke pangkuan Udinese pada Mac lalu, ketika kelab tersebut mempunyai satu mata di atas zon penyingkiran.

Sebelum ini, Tudor pernah menyelamatkan Udinese daripada tersingkir saingan liga utama Itali itu pada musim 2017-2018 dengan mencatat dua kemenangan dalam empat perlawanan terakhir.

Jurulatih berusia 41 tahun itu merupakan pengendali ketiga yang dilantik pada musim ini dan dia menandatangani kontrak hingga tamat musim 2019-2020.

Membuat penampilan sebanyak 55 kali bersama Croatia, Tudor pernah beraksi lebih daripada 100 kali bersama Juventus di antara 1998 dan 2007.

Dia juga pernah membimbing Hajduk Split, PAOK dan Galatasaray.

Udinese menamatkan saingan musim ini di tangga ke-12, lima mata di atas zon penyingkiran. - AFP