Bintang Arsenal berusia 28 tahun itu, yang akan menyertai juara bertahan Serie A, Juventus, musim depan, kembali ke kelabnya selepas gagal pulih daripada kecederaan paha yang menghalangnya beraksi dalam perlawanan persahabatan yang menyaksikan Wales menundukkan Trinidad and Tobago 1-0, Khamis lalu.

“Kami berharap Aaron sempat pulih, tetapi dia terpaksa pulang ke Arsenal. Ia satu tamparan hebat buat kami," kata Giggs pada sidang akhbar, hari ini.

Bagaimanapun, berita baik untuk Giggs apabila pemain bintangnya, Gareth Bale kembali ke dalam kesebelasan utama, walaupun direhatkan sewaktu perlawanan persahabatan.

“Saya sememangnya tidak sabar untuk bermain dalam kempen kelayakan bersama Wales. Kami bersedia memberikan segala-galanya demi jersi yang kami sarung ini. Kami mahu bermain dalam kejohanan utama dan mencari pengalaman dengan apa yang bakal kami lalui.

“Kami menyasarkan untuk berada dalam kedudukan teratas. Tiada alasan mengapa kami tidak boleh menjuarai kumpulan,” kata Bale. - AFP