Persaraannya terlebih dahulu diumumkan oleh abangnya, Roberto Assis semalam.

“Selepas tiga dekad bermain bola sepak, saya tinggalkan impian sejak kecil yang kini sudah menjadi kenyataan.

“Mereka yang mengenali saya mengetahui betapa pemalunya saya dan biasanya saya tidak bercakap banyak tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih dengan sepenuh jiwa kepada mereka yang banyak membantu saya melakukan apa yang benar-benar saya sukai.

“Terima kasih (bola) kerana menjadi sumber inspirasi sepanjang masa ini dan menjadi rakan dalam menempuhi pelbagai kejayaan,” katanya merujuk kepada sebiji bola dan mengulangi kata-kata yang pernah diucapkan legenda Real Madrid Alfredo Di Stefano, yang meninggal dunia pada 2014.

Ronaldinho menikmati kerjaya cemerlangnya bermula dari Gremio di Brazil ke Paris Saint-Germain (PSG), Barcelona, AC Milan sebelum kembali ke negara asalnya.

Legenda Brazil, 38, telah menjuarai Copa America pada 1999, Piala Dunia pada 2002, Ballon d’Or pada 2005, Liga Juara-Juara pada 2006 dan Copa Libertadores pada 2013.

Dia juga menjulang trofi La Liga Sepanyol sebanyak dua kali, sekali di Serie A dan Piala Konfederasi FIFA. - AFP