Selepas menang 2-1 ke atas England di Stadium Wembley minggu lalu, mereka kini meraih kemenangan 6-0 ke atas naib juara Piala Dunia, Croatia, awal pagi tadi sekali gus menjadi permulaan baik buat Enrique selepas mengambil alih tugasan bersama La Roja.

Ia merupakan kekalahan terbesar Croatia sejak beraksi secara kompetitif buat kali pertama selepas melangkah ke final Piala Dunia di Rusia.

Kejayaan itu meletakkan Sepanyol dalam keadaan selesa di dalam Liga A sekali gus berada dalam keadaan terbaik untuk melangkah ke separuh akhir pada Jun hadapan.

“Croatia ada peluang pada awal permainan tetapi jelas sekali kami jauh lebih hebat.

“Sukar untuk saya mengkritik pasukan terutama selepas mereka beraksi cemerlang. Sikap mereka sangat baik semasa di dalam padang,” kata Enrique.-AGENSI