Ketua pasukan, Sergio Ramos membuka tirai jaringan buat Sepanyol hanya selepas enam minit permainan berlangsung sebelum Jesus Navas menggandakan jaringan 14 minit kemudian.

Walaupun Faroe Islands berjaya merapatkan jurang pada minit ke-30 namun gol sendiri pertahanan mereka empat minit selepas itu memusnahkan impian negara kecil tersebut untuk bangkit menyamakan kedudukan.

Sepanyol menutup perlawanan dengan gol keempat menerusi pemain pertahanan yang membuat penampilan antarabangsa pertamanya, Jose Gaya pada minit ke-76 untuk mengekalkan rekod tanpa kalah mereka di peringkat kumpulan.

Sweden pula menghuni tangga kedua kumpulan sama selepas membenam Malta 3-0

Turut mencatat kemenangan besar adalah Ukraine yang membelasah Serbia 5-0 dalam satu lagi aksi kelayakan untuk kekal sebagai pendahulu Kumpulan B yang turut mengandungi Portugal.

Portugal yang sedang sibuk dengan Liga Negara Eropah bagaimanapun beraksi kurang walaupun kini ketinggalan lima mata di belakang Ukraine.

Lain-lain keputusan menyaksikan Ireland mengikat Denmark 1-1 dalam aksi Kumpulan D manakala Poland menewaskan Macedonia Utara 1-0. - AFP