Turun dengan misi hidup mati dalam memburu kemenangan, tuan rumah terpaksa menunggu hingga minit ke-58 untuk memecah kebuntuan menerusi Nik Azli.

Seminit sebelum tamat perlawanan, Nik Akif Syahiran menoktahkan perjuangan UKM FC dengan meledakkan jaringan kedua Kelantan.

Kemenangan itu menyaksikan Kelantan kekal di Liga Perdana dengan menduduki tangga kesepuluh dengan mengumpul 17 mata sekali gus menyingkirkan pesaing terdekat Sarawak di kedudukan tercorot. - UTUSAN ONLINE