Pada mulanya tuan rumah dikejutkan dengan jaringan pelawat seawal minit ke-13 menerusi tandukan Igor Zonjic yang gagal diselamatkan oleh Muhammad Saufi Mohammad di gawang gol Kelantan.

Sebelum separuh masa pertama tamat, Kelantan berjaya mengikat kedudukan 1-1 menerusi jaringan Muhammad Danial Haqim Draman menerusi rembatan jarak dekat.

Bersambung babak kedua, Terengganu mengubah strategi apabila mempertaruhkan barisan terkuat dengan memasukkan dua tonggak import utama Lee Tuck dan Tchetche Kipre untuk menambah sengat di bahagian serangan.

Namun begitu, barisan muda Kelantan bijak bertahan untuk mengekang asakan bertali arus pelawat dan keputusan kekal 1-1 sehingga tamat perlawanan. - UTUSAN ONLINE