Walaupun pasukan-pasukan EPL telah berbelanja lebih 1 bilion pound (RM5.56 bilion) sepanjang musim perpindahan kali ini, Scudamore tetap menganggap kekuatan kewangan pemilik Paris Saint-Germain (PSG) dari Qatar berada di dalam kelas yang tersendiri.

“Saya tidak nampak perpindahan seperti itu akan berlaku di dalam EPL.

“Rekod perpindahan sebelum ini bernilai 89 juta pound (RM495 juta) yang kemudiannya melonjak mendadak kepada 200 juta pound (RM1.11 bilion) memberi petunjuk ada sesuatu yang berlaku di sana,” katanya kepada BBC Radio 5 Live.- AFP