Terikat tanpa jaringan pada babak pertama, Kedah memanfaatkan peluang pada babak kedua apabila menjaringkan dua gol.

Pemain pertahanan Kedah, Muhammad Shakir Hamzah meletakkan pasukan pelawat mendahului pada minit ke-66 apabila menyepak bola leret ke gawang PKNP FC selepas keadaan kelam kabut di hadapan pintu gol pasukan tuan rumah.

Rembatan deras Jonatan Jesus Bauman kemudiannya mengukuhkan kedudukan pasukan pelawat apabila meledak gol kedua pasukan Kedah pada minit ke-87. - UTUSAN ONLINE