Kean, yang menjadi bahan ejekan berbaur perkauman pada awal minggu ini di Cagliari, beraksi sebagai pemain gantian sebelum meledak gol kemenangan pada minit ke-84 untuk jaringan kelimanya dalam saingan liga.

Skuad gergasi Itali dari Turin itu akan mengesahkan gelaran Scudetto buat kali ke-35 pada ketika berbaki tujuh perlawanan dan muncul pasukan paling awal memenangi Serie A jika Napoli tewas kepada Genoa esok.

Juventus beraksi tanpa pemain prolifiknya, Cristiano Ronaldo ekoran kecederaan dan direhatkan bagi pertembungan suku akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Ajax.

Pemain berusia 19 tahun itu melanhkah masuk ke padang bagi menggantikan bintang Portugal itu yang berusaha untuk meningkatkan kecergasan semula untuk bertandang ke Amsterdam.

“Hari ini Kean masuk dan menjaringkan gol, saya gembira dengan pencapaiannya.

“Dia masih muda dan beraksi dengan sangat baik, namun kami perlu menenangkannya.

Adakah dia akan diturunkan pada Rabu ini (berdepan Ajax)? Kami akan lihat, pemain gantian sangat penting seperti yang anda lihat pada hari ini,” kata pengurus Juventus, Massimiliano Allegri ketika ditanya berhubung persembahan Kean.- AFP