Hudson-Odoi, 18 tahun dipanggil menyertai pasukan senior England selepas Luke Shaw terpaksa diketepikan kerana masalah kecederaan dan ini juga adalah kali pertama pemain muda itu menyertai skuad bimbingan Gareth Southgate.

“Setiap pemain memiliki cara berbeza untuk ke puncak.

“Saya juga kerap kali dipinjamkan dan berusaha mencari pengalaman bersama kelab lain.

“Saya percaya, Hudson-Odoi telah menikmati saingan seperti Liga Europa dan Piala Liga Bola Sepak Inggeris biarpun tampil sebagai pemain gantian dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.

“Kami akan melihat peningkatannya dalam beberapa tahun lagi,” kata Kane. - AGENSI