The Reds meneruskan perebutan kejuaraan EPL bersama City pada hujung minggu ini apabila mereka bertandang ke Cardiff manakala City bertemu Tottenham buat kali ketiga dalam tempoh dua minggu.

Liverpool turut mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Barcelona manakala skuad kendalian Pep Guardiola disingkirkan oleh Spurs daripada kejohanan berprestij di Eropah itu.

Itu bermakna Liverpool mempunyai banyak perlawanan yang perlu diharungi berbanding pencabarnya sebelum tamat musim ini namun Klopp menegaskan pemainnya cergas dan bersedia untuk mencipta sejarah pada musim ini.

“Kami tidak penat. Sekarang waktu yang paling getir pada musim ini. Bagus apabila anda beraksi lebih dua kejohanan. Kami masih beraksi dalam Liga Juara-Juara serta perebutan liga. Kami tidak kepenatan.

“Kami masih ada sesi latihan esok dan kemudian kami akan berlepas ke Cardiff. Kami perlu melakukan analisis, bekerja dan berusaha ke arahnya,” katanya. - AGENSI