Skuad kendalian Emery itu akan melayan kunjungan The Blues di Stadium Emirates dan mereka sedar sekiranya kalah itu bermakna mereka ketinggalan sembilan mata daripada slot ke Liga Juara-Juara musim depan.

Selepas mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang 22 perlawanan awal musim ini, Arsenal kembali bergelut dengan masalah prestasi dan mereka tewas kepada West Ham pada minggu lalu.

The Gunners boleh jatuh ke tangga keenam liga jika Manchester United memperoleh keputusan positif menentang Brighton.

Ketika ditanya jika mereka ketinggalan sembilan mata bakal menjadi masalah besar, jurulatih Arsenal itu berkata;’Saya fikir a,

“Kami berdepan cabaran besar ketika menentang West Ham dan kerana itu menjadi punca kami berada di bawah tekanan di mana kami perlu menang jika mahu kekal kompetitif dan perlu memanfaatkan setiap peluang yang ada.

“Selepas kalah kepada West Ham jurang perbezaan mata menjadi besar iaitu ketinggalan enam mata di belakang Chelsea yang sepatutnya tiga mata.

“Bagaimanapun, perlawanan seterusnya menentang Chelsea dan peluang yang kami ada tidak sama namun jika kami menang kami masih ada peluang untuk merapatkan kedudukan dengan mereka malah kami boleh meneruskan corak permainan kami dalam 38 perlawanan liga. Setiap pemain mempunyai cita-cita. Menentang Chelsea dengan memberi segala yang kami ada,” katanya. - AFP