Juara Perancis itu terpaksa bermain dengan 10 pemain setelah Juan Bernat yang menyamakan kedudukan selepas Thomas Meunier tertolak bola ke dalam gawang diarah keluar padang.

Empat gol lagi dibolosi pada 45 kedua dan itu menjadi kekalahan terburuk kelab tersebut dalam tempoh 19 tahun.

“Perlawanan tersebut adalah dari kotak ke kotak, ada masa kami mengawal permainan, ada masanya tidak,” kata Mbappe.

PSG akan dinobatkan sebagai juara Ligue 1 jika menewaskan Nantes Rabu ini. Mereka mengumpul 81 mata selepas 31 perlawanan dan pencabar terdekat, Lille di tempat kedua dengan 64 mata hasil 32 permainan.

“Kami akan menjadi juara namun kami tidak boleh tewas seperti ini.

“Ini tidak normal. Kami kekurangan personaliti. Kami perlu membaikinya. Kami seperti bermain buat kali pertama,” kata penyerang Perancis itu lagi.

Dalam pada itu, jurulatihnya, Thomas Tuchel tidak berkongsi pandangan yang sama sebaliknya memberitahu hanya 15 pemain sahaja yang boleh digunakan oleh PSG.

“Tidak mungkin, Thilo Kehrer terpaksa menggantikan Thiago Silva yang sakit pada hari ini (semalam). Saya tidak tahu berapa ramai pemain yang boleh dibawa ke Nantes. Kami tidak mempunyai pemain yang mencukupi. Tiada sesiapa bercakap mengenainya sebab kami menang namun hari ini sudah keterlaluan,” kata jurulatih dari Jermain itu. - AGENSI