Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md. Noor berkata, badan tersebut memerlukan individu yang berwibawa untuk mengembalikan semula kegemilangan pasukan Kelantan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.

 "Jadi, saya merayu kepada para penyokong dan peminat serta seluruh rakyat Kelantan yang sayangkan The Red Warriors (TRW) tampil menawarkan diri untuk mengambil alih barisan kepimpinan baharu Kafa nanti.

 "Perkara ini selaras dengan peraturan yang telah terkandung dalam perlembagaan Kafa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

 Tanggal 8 November 2016 lalu, Tan Sri Annuar Musa secara rasmi melepaskan jawatannya sebagai Presiden Kafa selepas sedekad memimpin badan induk itu.

 Tugas tersebut kemudian dipangku oleh Timbalan Presiden Kafa, Datuk Seri Afandi Hamzah.-UTUSAN OLNINE