Juara itali itu mahu memastikan mereka mendahului lapan mata di tangga teratas liga selepas rekod tanpa kalah mereka di laman sendiri lebur apabila tewas mengejut 1-2 kepada Young Boys dalam aksi Liga Juara-Juara, Rabu lalu.

Kekalahan tersebut bagaikan meragut maruah Cristiano Ronaldo bersama rakan sepasukan dan walaupun sukar untuk menerima kekalahan tersebut namun Juventus tetap mengungguli Kumpulan H setelah Manchester United kecundand dengan jaringan yang sama kepada Valencia.

Dalam pada itu, Napoli dan Inter Milan tersingkir daripada kejohanan berpresti di Eropah tersebut mananakala Roma yang sudah pun melepasi peringkat kumpulan tewas mengejut 1-2 kepada Viktoria Plzen.

“Saya sedar bahawa ada dua perlawanan Juventus tidak rela untuk kalah iaitu menentang Inter Milan dan Torino,” kata Ronaldo. - AFP